Monday 31 October 2016

Bila Majikan Menindas Anda...


PENGENALAN


Apabila majikan menekan anda apa kebiasaanya yang anda akan buat? Kebanyakan pekerja sekadar berdiam diri. Apabila tekanan sudah memuncak pekerja terus serahkan surat perletakan jawatan.


Takkan tak de apa-apa cara. Adakah apabila majikan membayar gaji anda maka majikan boleh menekan anda sesuka hati? Yang paling best sekali dah lah gaji pun tak bayar. Tekanan tetap diberikan. Akhirnya anda sendiri yang tertekan.


Dalam undang-undang ada kaedah yang dipanggil Constructive Dismissal (CD). Tetapi ramai yang tidak tahu apa itu CD? Macam mana hendak buat kaedah CD ini? Jika ada yang tahu pun ramai yang tidak mahu berkongsi berkenaan CD ini dengan anda.


So ini peluang untuk anda. Saya akan bongkarkan apa itu kaedah CD supaya anda faham. Supaya nanti anda sudah tahu apa tindakan yang perlu diambil. Kesian sangat pada orang yang tahu CD tetapi gunakan cara yang salah. Tidak ikut kaedah yang sebenar. Azab kena tekan dengan majikan dah satu azab ditambah pula bila buat CD tidak ikut kaedah yang sebenar. Ibarat sudah jatuh bergolek kemudian dihempap dengan tangga pulak.


Wednesday 26 October 2016

Apa berlaku di Mahkamah Perusahaan?

Pada post yang sebelum ini saya sudah ceritakan kepada anda cara-cara bagaimana kes anda boleh dirujuk ke Mahkamah perusahaan di sini http://auzansazali.blogspot.my/2016/10/anda-hanya-ada-60-hari-sahaja.html#more

Baik. Sekarang saya akan ceritakan kepada anda pula apa yang akan berlaku di Mahkamah Perusahaan supaya anda akan lebih faham dan nampak proses-proses yang terlibat.

Apa yang berlaku ye?







Tuesday 18 October 2016

DIMANA JPP?

Sebelum ini saya ada kongsi berkenaan dengan perbezaan antara JPP dengan JTK.

Diharapkan anda mendapat manfaat daripada perkongsian tersebut.

Dalam posting ini saya akan share di mana anda boleh cari mereka untuk membantu anda membuat laporan dibuang kerja. Ingat anda hanya ada masa selama 60 hari sahaja untuk membuat aduan.

Anda tidak boleh main pergi sahaja ke alamat mereka. Sebaliknya anda perlu lihat di mana alamat majikan anda. Jika alamat majikan anda di Selangor maka anda perlu pergi ke pejabat JPP di Selangor.

Di mana ya mereka berada?



Sunday 16 October 2016

APA BEZA ANTARA JPP DENGAN JTK?

Akhirnya saya dapat juga menulis maklumat penting untuk anda semua baca dan fahamkan.

Di dalam negara kita ada dua agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang anda perlu tahu jika anda hadapi masalah berkenaan dengan kerja anda.

Satu adalah Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan satu lagi adalah Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Apa beza antara kedua jabatan tersebut?




Friday 7 October 2016

JIKA PENAMATAN KERJA BERLAKU: 60 HARI MASA KRITIKAL

Jika anda telah dibuang kerja. Saya sangat bersimpati dengan anda. Tapi anda perlu ingat itu bukan episod pengakhiran kepada cerita sedih anda. Ingat anda ada masa selama 60 hari sahaja. Untuk buat apa? Untuk buat laporan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Begitu juga kepada pihak Syarikat. Jika anda telah tamatkan pekerja. Masalah anda masih belum selesai kerana ada masa 60 hari yang sangat panjang jika pekerja anda membuat laporan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Apa yang akan berlaku di sana? Bila ke sana anda hendak buat apa?