Wednesday, 26 October 2016

Apa berlaku di Mahkamah Perusahaan?

Pada post yang sebelum ini saya sudah ceritakan kepada anda cara-cara bagaimana kes anda boleh dirujuk ke Mahkamah perusahaan di sini http://auzansazali.blogspot.my/2016/10/anda-hanya-ada-60-hari-sahaja.html#more

Baik. Sekarang saya akan ceritakan kepada anda pula apa yang akan berlaku di Mahkamah Perusahaan supaya anda akan lebih faham dan nampak proses-proses yang terlibat.

Apa yang berlaku ye?









1. Masih ingat lagi untuk ke Mahkamah Perusahaan memerlukan rujukan daripada Menteri Sumber Manusia di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Maka anda akan menerima surat daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan yang akan memaklumkan bahawa kes anda dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Adakah akan ada keadaan di mana kes tidak dirujuk? Ada kerana ini adalah merupakan budi bicara Menteri Sumber Manusia untuk merujuk kes pembuangan kerja ke Mahkamah Perusahaan. Jadi jika tidak dirujuk nak buat macam mana? Itu nanti di dalam post yang lain saya akan kongsikan.

2. Selepas anda menerima surat daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan anda akan menerima pula surat daripada Mahkamah Perusahaan yang meminta anda untuk hadir ke Mahkamah Perusahaan. Di dalam surat tersebut juga dibekalkan bersaman dengan Borang A dan Borang B jika anda berhasrat untuk melantik Peguam bagi mewakili anda di Mahkamah Perusahaan. Dilampirkan juga di dalam surat tersebut Borang H untuk anda memfailkan satu Penyata Kes. Di dalam Penyata Kes anda perlu nyatakan fakta-fakta penting yang menyebabkan anda dibuang kerja dan juga permohonan yang anda minta daripada Mahkamah Perusahaan. Bersama juga dengan Borang F yang meminta anda untuk hadir ke Mahkamah Perusahaan bagi tujuan Sebutan kes anda.

3. Semasa prosiding Sebutan di Mahkamah Perusahaan anda akan memaklumkan kepada Mahkamah Perusahaan sama ada anda ingin melantik Peguam atau anda ingin mewakili diri sendiri. Jika anda ingin melantik Peguam maka Borang A dan B perlu difailkan di Mahkamah oleh Peguam anda. Anda juga akan diberikan tempoh masa selama 1 bulan untuk memfailkan Penyata Kes sebagaimana yang diminta di dalam Borang H. Kemudian satu tarikh sebutan yang baru akan diberikan kepada anda untuk menyelesaikan Borang A dan B jika melantik Peguam bersama juga dengan Penyata Kes.

4. Pada tarikh Sebutan Kedua anda perlu memaklumkan sama ada Borang A dan B telah difailkan bersama juga dengan Penyata Kes. Jika anda melantik Peguam mewakili anda biasanya pada tarikh Sebutan Kedua, Peguam anda yang akan hadir bagi pihak anda. Jika Penyata Kes sudah difailkan Mahkamah Perusahaan akan meminta pihak Syarikat untuk memfailkan Penyata Jawapan bagi membalas Penyata Kes anda. Tarikh Sebutan yang baru akan diberikan. Mahkamah Perusahaan juga akan menghantar Borang J kepada pihak Syarikat untuk memfailkan Penyata Jawapan.

5. Pada tarikh Sebutan Ketiga pihak Syarikat akan memaklumkan sama ada Penyata Jawapan sudah difailkan atau pun tidak. Jika sudah difailkan maka anda atau peguam anda boleh meminta untuk memfailkan Rejoinder iaitu balasan kepada Penyata Jawapan pihak Syarikat dan satu tarikh Sebutan baru akan diberikan oleh Mahkamah Perusahaan.

6. Apakah kepentingan Penyata Kes, Penyata Jawapan, dan juga Rejoinder. Ianya adalah sangat penting kerana ia akan menjadi parameter kepada kes anda. Jika anda tidak nyatakan fakta-fakta penting di dalam dokumen-dokumen tersebut anda tidak boleh pula membangkitkan fakta-fakta yang tidak dinyatakan semasa perbicaraan di Mahkamah. Keterangan anda adalah terikat kepada fakta-fakta penting di dalam dokumen-dokumen tersebut. Nanti saya akan kongsi lebih lanjut berkenan dengan kepentingan dokumen-dokumen ini.

7. Selepas semua dokumen-dokumen Penyata Kes, Penyata Jawapan, dan Rejoinder telah difailkan di Mahkamah Perusahaan semasa tarikh Sebutan baru anda boleh memaklumkan kepada Mahkamah Perusahaan sama ada ingin melalui proses Mediasi di mana anda dengan pihak Syarikat akan berbincang untuk menyelesaikan kes anda di luar Mahkamah melalui bantuan pihak Mahkamah sendiri. Mahkamah akan menjadi pihak ketiga yang membantu anda dengan pihak Syarikat untuk mencapai kata sepakat penyelesaian. Jika Mediasi ini gagal atau anda dengan pihak Syarikat tidak bersetuju untuk melalui proses Mediasi Mahkamah Perusahaan akan menetapkan tarikh perbicaraan kes anda. Apabila tarikh perbicaraan telah ditetapkan Mahkamah Perusahaan akan mengeluarkan Borang F yang meminta anda untuk hadir semasa tarikh perbicaraan tersebut.

8. Sebelum tarikh perbicaraan tiba anda perlu memfailkan kepada Mahkamah Perusahaan kesemua bukti-bukti yang anda ingin gunakan semasa perbicaraan dan ia dipanggil sebagai Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut. Selain Ikatan Dokumen anda juga perlu memfailkan Kenyataan Saksi anda yang merupakan keterangan anda secara bertulis di Mahkamah Perusahaan.

9. Semasa perbicaraan anda boleh membawa saksi anda dan pihak Syarikat juga akan membawa saksi pihak Syarikat. Dalam kebanyak kes pihak Syarikat akan memulakan dulu perbicaraan kecuali jika melibatkan kes pembuangan kerja secara konstruktif atau pemberhentian kerja secara paksaan maka anda sebagai pekerja yang akan memulakan dahulu kes anda. Saksi akan dipanggil dan akan melalui pemeriksaan utama. Semasa Pemeriksaan Utama keterangan saksi adalah berdasarkan kepada kenyataan saksi secara bertulis yang telah difailkan di Mahkamah Perusahaan kecuali jika ada persoalan-persoalan tambahan yang boleh juga dibuat secara lisan. Kemudian selesai Pemeriksaan Utama pihak lawan akan membuat Pemeriksaan Balas di mana akan ada soalan-soalan yang ditanya untuk memeriksa ketepatan dan kesahihan keterangan yang diberikan. Selepas Pemeriksaan Balas oleh lawan anda, anda akan membuat pula Pemeriksaan Semula terhadap saksi yang dipanggil. Adakah boleh selesai perbicaraan dalam masa sehari? Kebiasaanya adalah tidak. Ia akan mengambil masa. Kerana keterangan yang diberikan perlu dicatit dan direkodkan. Ia akan mengambil masa. Banyak lagi yang perlu diketahui berkenaan dengan perbicaraan di Mahkamah Perusahaan. Di lain masa saya akan kongiskan lagi.

10. Apabila perbicaraan telah selesai maka Mahkamah Perusahaan akan mengarahkan anda atau Peguam anda dan pihak Syarikat untuk memfailkan Hujahan di Mahkamah Perusahaan untuk pertimbangan Mahkamah Perusahaan. Apabila Hujahan Utama sudah difailkan jika ada keperluan anda boleh memfailkan Huajahan Balasan bagi membalas Hujahan pihak Syarikat.

11. Selesai kesemua Hujahan difailkan di Mahkamah Perusahaan anda hanya perlu tunggu sahaja Mahkamah Perusahaan mengeluarkan Award yang akan memutuskan sama ada pembuangan kerja dibuat dengan cara yang munasabah atau tidak. Jika Mahkamah Perusahaan memutuskan bahawa pembuangan anda telah dibuat dengan cara tidak adil dan munasabah (without just cause and excuse) maka anda akan diberikan dengan 24 bulan backwages (gaji kebelakang) dan juga compensation in lieu of reinstatment. Di dalam post yang lain saya akan kongsikan berkenaan dengan award ini.

Semoga perkongsian ini membuatkan anda lebih faham proses-proses yang berlaku di Mahkamah Perusahaan. Bukan mudah untuk memutuskan sama ada pembuangan kerja anda dibuat secara adil dan munasabah atau tidak. Ada proses-proses yang berlaku di Mahkamah Perusahaan untuk sampai kepada keputusan tersebut. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian secara umum ini. Jika anda rasa maklumat ini penting boleh share kepada teman-teman anda yang lain. Jika anda ada persoalan juga boleh email kepada saya auzansazali@gmail.com.

Teman anda,
Auzan Sazali

20 comments:

  1. Terima kasih info ini tuan,
    Sebagai pekerja kita mesti tahu hak sebagai pekerja, sebelum ini ramai kawan yg dibuang kerja ikut suka hati majikan jer , melalui info ni baru aku faham.

    ReplyDelete
  2. Pembuangan kerja yang tidak adil, ramai yg tidak tahu hak pekerja bila dibuang kerja.

    ReplyDelete
  3. Pembuangan kerja yang tidak adil, ramai yg tidak tahu hak pekerja bila dibuang kerja.

    ReplyDelete
  4. Terbaik perkongsian yang tuan buat ini,,,
    Cuma saya mintak sedikit pendetailan berkenaan dengan buli yang boleh dibawa ke mahkamah
    Contoh2 pembulian.

    ReplyDelete
  5. Tuan brapekah kos jika kita lantik peguam sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos melantik peguan RM250 bagi Gaji 2500 ke atas.
      RM50 untuk setiap kali naik court.
      10 % daripada jumlah yg berjaya dituntut jika menang.

      Delete
    2. Bagi contact kalau ada tuan

      Delete
  6. Tuan brapekah kos jika kita lantik peguam sendiri..

    ReplyDelete
  7. Bagaimana dengan isu pembuangan pekerja yang di paksa meletakkan jawatan? Dlm pada masa yang sama pekerja belum di serap masuk secara rasmi. Tk

    ReplyDelete
  8. Kes saya masih baru diperingkat penyataan balas yang buat stress semua fakta saya dia nafi and skip situation jadi isu saya seolah tak wujud siap create surat penamatan walhal tak pernah dia hantar....!!

    Orang kafir pun tak buat kerja mcm owner logix express..

    ReplyDelete
  9. Saya tengah mencari peguam untuk kes saya dimahkamah perusahaan tolong pm 0136814658

    ReplyDelete
  10. Kekdg...pembuangan kerja langsung tkda dlm kontrak kerja atau Code of ethic and Conduct....main agak2 jah undang2 mereka..dan setelah semak..perlembagaan Malaysia akta 5 dn 8 pun mereka langgar...(5- hak kebebasan asasi kalu tk bersalah di luar dn tkda undang2 dilanggar ..tak bersalah...manakala akta 8- keadilan..hak samarata dn tidak diskriminasi..)...

    CAMANA NAK SURUH PEKERJA BERDISPLIN, SDGLAN MAJIKAN SNDIRI PUN MELANGGAR UNDANG2..PEKERJA ADA BUAT TP TAK SABIT DIMAHKAMAH..KENA TINDAKAN..MRK ADA BUAT SUKA2..BOLEH PULAK...mana satu keadilan ..bingai sungguh lahhhh

    ReplyDelete
  11. Tolong bg contoh kenyataan kes

    ReplyDelete
  12. Boleh saya tahu bagaimana proses bg aduan tentang majikan lambat membayar gaji melalui JTK.

    ReplyDelete
  13. Saya sedang nrnxari pegusm until kes Saya..any recommended contact .pls pm 01136060610

    ReplyDelete
  14. I am looking lawyer to handle my Jrs .any recommended lawyer can pm me 01136060610.. Abdullah

    ReplyDelete
  15. Saya mencari lawyer untuk kendalikan kes saya.. Hubungi saya di no 0197302072 MAA

    ReplyDelete
  16. Saya mencari lawyers untuk kes saya 01117760056 nizam

    ReplyDelete