Monday, 12 December 2016

Anda Diberhenti Kerja?

Jika anda telah diberhenti kerja. Saya sangat bersimpati dengan anda. Tapi anda perlu ingat itu bukan episod pengakhiran kepada cerita sedih anda. Ingat anda ada masa selama 60 hari sahaja. Untuk buat apa? Untuk buat laporan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Apa yang akan berlaku di sana? Bila ke sana anda hendak buat apa?





Jika anda rujuk kepada Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan ada beberapa perkara yang penting di situ.

Pertama jika anda diberhenti kerja anda hanya ada masa selama 60 hari sahaja untuk membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).

Ingat 60 HARI SAHAJA. Jika anda lewat 61 hari atau 62 hari. Maaf memang anda sudah tidak boleh untuk membuat sebarang aduan.

Aduan yang anda buat adalah dengan menyatakan anda telah diberhenti kerja. DAN kena maklumkan anda hendak bekerja semula. Alamak. Saya dah benci dengan bos lama. Kenapa nak kena kerja semula? Tak nak lah.

Rilek dulu. Jangan melompat lagi. Ini adalah untuk memenuhi kehendak Seksyen 20. Aduan diberhenti kerja hendaklah bagi tujuan untuk bekerja semula. Untuk Reinstatement.

Jadi buat macam ini. Selepas anda membuat aduan. Pegawai JPP akan tetapkan tarikh untuk proses Runding Damai. Di mana anda dan majikan anda diminta untuk berbincang jalan penyelesaian.

Jadi dalam proses Runding Damai bila pegawai tanya "anda hendak kerja semula?". Jawab sahaja "Ya". Kemudian pegawai akan tanya semula pihak Syarikat "anda boleh ambil dia bekerja semula?" Syarikat biasanya akan jawab "Maaf. Kami tidak boleh ambil dia semula". So nampak tak masalah kena kerja semula sudah selesai.

Kebiasaanya jika Syarikat tidak setuju untuk ambil anda bekerja semula. Pegawai JPP akan cuba tanya dengan majikan anda ada beberapa jumlah wang penyelesaian yang boleh diberikan. Jika tidak ada sebarang jumlah penyelesaian. Maka pegawai akan membuat laporan dan hantar kepada Menteri Sumber Manusia.

Ini pesananan PENTING. Kadang-kadang proses di sini akan ambil masa yang lama. Daripada selesai proses runding damai di JPP sehinggalah kes anda dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.

Jika anda hendak pastikan tempoh masa dia cepat. Kena RAJIN follow up balik dengan JPP Putrajaya. Ada yang ambil masa 3 bulan. Ada ambil masa 6 bulan. Ada yang sampai Setahun.

Menteri Sumber Manusia pula nanti akan membuat keputusan untuk merujuk kes pembuangan kerja anda ke Mahkamah Perusahaan untuk dibicarakan.

Nanti saya akan share lagi proses di Mahkamah Perusahaan. Proses di mana Mahkamah Perusahaan akan memutuskan jika anda diberhenti kerja tanpa sebab yang munasabah maka Mahkamah Perusahaan akan berikan pampasan sebanyak 24 bulan gaji terakhir (backwages) dan juga jika anda telah bekerja selama 10 tahun akan tambah lagi 10 bulan sebagai compensation in lieu of reinstatement.

Jika anda rasakan maklumat ini sangat berharga dan cukup susah untuk dapat. Share kepada sahabat2 anda. Supaya lebih ramai lagi orang lain dapat tahu maklumat ini.

Jika anda ada sebarang pertanyaan akibat diberhenti kerja boleh whassap "lawan" ke no 019-4039508.  
Jika anda ingin dapatkan lagi maklumat tambahan boleh klik di link di bawah
Elakkan Ditekan oleh Majikan

Advocate Industrial Harmony,


Auzan H Sazali

3 comments:

  1. Salam,
    Apakah dimaksudkan dengan ‘kes dirujuk ke mahkamah perusahaan untuk satu keputusan’ ?

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Apakah dimaksudkan dengan ‘kes dirujuk ke mahkamah perusahaan untuk satu keputusan’ ?

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Apakah dimaksudkan dengan ‘kes dirujuk ke mahkamah perusahaan untuk satu keputusan’ ?

    ReplyDelete