Friday 7 October 2016

JIKA PENAMATAN KERJA BERLAKU: 60 HARI MASA KRITIKAL

Jika anda telah dibuang kerja. Saya sangat bersimpati dengan anda. Tapi anda perlu ingat itu bukan episod pengakhiran kepada cerita sedih anda. Ingat anda ada masa selama 60 hari sahaja. Untuk buat apa? Untuk buat laporan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Begitu juga kepada pihak Syarikat. Jika anda telah tamatkan pekerja. Masalah anda masih belum selesai kerana ada masa 60 hari yang sangat panjang jika pekerja anda membuat laporan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Apa yang akan berlaku di sana? Bila ke sana anda hendak buat apa?





Jika anda rujuk kepada Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan ada beberapa perkara yang penting di situ.

Pertama jika pekerja dibuang kerja  hanya ada masa selama 60 hari sahaja untuk membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).

Ingat 60 HARI SAHAJA. Jika pekerja lewat 61 hari atau 62 hari. Maaf memang  sudah tidak boleh lagi untuk membuat sebarang aduan.

Aduan yang anda buat adalah dengan menyatakan anda telah dibuang kerja. DAN kena maklumkan anda hendak bekerja semula. "Alamak. Saya dah benci dengan bos lama. Kenapa nak kena kerja semula? Tak nak lah."

Rilek dulu. Jangan melompat lagi. Ini adalah untuk memenuhi kehendak Seksyen 20. Aduan dibuang kerja hendaklah bagi tujuan untuk bekerja semula. Untuk Reinstatement.

Jadi buat macam ini. Selepas anda membuat aduan. Pegawai JPP akan tetapkan tarikh untuk proses Runding Damai. Di mana anda dan majikan anda diminta untuk berbincang jalan penyelesaian.

Jadi dalam proses Runding Damai bila pegawai tanya "anda hendak kerja semula?". Jawab sahaja "Ya". Kemudian pegawai akan tanya semula pihak Syarikat "anda boleh ambil dia bekerja semula?" Syarikat biasanya akan jawab "Maaf. Kami tidak boleh ambil dia semula". So nampak tak masalah kena kerja semula sudah selesai.

Kebiasaanya jika Syarikat tidak setuju untuk ambil anda bekerja semula. Pegawai JPP akan cuba tanya dengan majikan anda ada beberapa jumlah wang penyelesaian yang boleh diberikan. Jika tidak ada sebarang jumlah penyelesaian. Maka pegawai akan membuat laporan dan hantar kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Putrajaya. 

Sebagai majikan proses di JPP ini adalah peluang terbaik untuk anda selesaikan terus kes anda. Kerana jika kes berpanjangan dan sampai ke Mahkamah Perusahaan lagi banyak kos yang anda terpaksa tanggung.

Ini pesananan PENTING . Kadang-kadang proses di sini akan ambil masa yang lama. Daripada selesai proses runding damai di JPP sehinggalah kes anda dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.

Jika anda hendak pastikan tempoh masa dia cepat. Kena RAJIN follow up balik dengan JPP Putrajaya. Ada yang ambil masa 3 bulan. Ada ambil masa 6 bulan. Ada yang sampai Setahun.

Cuma berita gembiranya setelah Akta Perhubungan Perusahaan dipinda berkuatkuasa pada 1.1.2021 Pengarah JPP mesti rujuk kes anda ke Mahkamah Perusahaan. Jika dulu ada keadaan di mana kes pekerja tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Sebab itu sebagai Syarikat tindakan yang BIJAK selesaikan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Nanti saya akan share lagi proses di Mahkamah Perusahaan. Proses di mana Mahkamah Perusahaan akan memutuskan jika syarikat gagal buktikan pembuangan kerja dibuat tanpa sebab yang munasabah maka Mahkamah Perusahaan akan berikan pampasan sebanyak 24 bulan gaji terakhir (backwages) dan juga jika pekerja telah bekerja selama 10 tahun akan tambah lagi 10 bulan sebagai compensation in lieu of reinstatement.

Jika anda rasakan maklumat ini sangat berharga dan cukup susah untuk dapat. Share kepada sahabat2 anda. Supaya lebih ramai lagi orang lain dapat tahu maklumat ini. Jika anda ada sebarang kemusyikalan  boleh whatsapp 0194039508 atau email  saya auzansazali@gmail.com

Advocate Industrial Harmony,
Auzan H Sazali


2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete