Friday 11 March 2022

MACAM MANA NAK BUAT SURAT TUNTUT CD

Jangan baca lagi bab macam mana nak buat surat tuntut CD jika anda tidak baca lagi bab 1 sehingga bab 5 terlebih dahulu. Bukan apa takut nanti tak faham. Apa itu CD? Bila nak buat CD? So jangan buang masa baca terlebih dahulu bab 1 sehingga 5. 

Banyak keadaan sudah ada pecah mungkir terma nyata atau tersirat yang dibuat oleh majikan. Tapi sayang seribu kali sayang kes tidak lekat kerana disebabkan pekerja salah hantar notis untuk tuntut CD. Perkara ini teknikal dan kena berhati-hati. Salah langkah terus kes CD anda tidak lekat.

Jadi macam mana nak buat surat tuntut CD?

Sunday 15 October 2017

SIAPA KENA BUKTIKAN TUNTUTAN CD?

Apa maksud siapa yang kena buktikan kes CD? Maksudnya ialah siapa yang kena memulakan kes di Mahkamah Perusahaan. Siapa yang kena mula-mula tunjukkan ada pecah mungkir terma yang nyata atau tersirat di dalam kontrak perkhidmatan.
Jawapannya ialah....

Monday 12 December 2016

Semuanya Tentang Constructive Dismissal


PENGENALAN


Apabila majikan menekan anda apa kebiasaanya yang anda akan buat? Kebanyakan pekerja sekadar berdiam diri. Apabila tekanan sudah memuncak pekerja terus serahkan surat perletakan jawatan.


Takkan tak de apa-apa cara. Adakah apabila majikan membayar gaji anda maka majikan boleh menekan anda sesuka hati? Yang paling best sekali dah lah gaji pun tak bayar. Tekanan tetap diberikan. Akhirnya anda sendiri yang tertekan.


Dalam undang-undang ada kaedah yang dipanggil Constructive Dismissal. Tetapi ramai yang tidak tahu apa itu Constructive Dismissal? Macam mana hendak buat kaedah Constructive Dismissal ini? Jika ada yang tahu pun ramai yang tidak mahu berkongsi berkenaan Constructive Dismissal ini dengan anda.


So ini peluang untuk anda. Saya akan bongkarkan apa itu kaedah Constructive Dismissal supaya anda faham. Supaya nanti anda sudah tahu apa tindakan yang perlu diambil. Kesian sangat pada orang yang tahu Constructive Dismissal tetapi gunakan dengan cara yang salah. Tidak ikut kaedah yang sebenar. Azab kena tekan dengan majikan dah satu azab ditambah pula bila buat Constructive Dismissal tidak ikut kaedah yang sebenar. Ibarat sudah jatuh bergolek kemudian dihempap dengan tangga pulak.


Anda Diberhenti Kerja?

Jika anda telah diberhenti kerja. Saya sangat bersimpati dengan anda. Tapi anda perlu ingat itu bukan episod pengakhiran kepada cerita sedih anda. Ingat anda ada masa selama 60 hari sahaja. Untuk buat apa? Untuk buat laporan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Apa yang akan berlaku di sana? Bila ke sana anda hendak buat apa?



Sunday 13 November 2016

Apa Syarat-Syarat Untuk Tuntut CD?

Sebelum ini saya telah berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan apa itu CD? Apa keadaan CD dibenarkan dan juga apa keadaan CD ditolak.

Selanjutnya anda perlu faham syarat-syarat untuk menuntut CD. Ini adalah perkara yang sangat penting. Jika syarat ini tidak dipenuhi maka tuntutan CD anda akan ditolak oleh Mahkamah Perusahaan. 

Syarat-syarat untuk tuntut CD telah dinyatakan di dalam kes Secure Guards Sdn Bhd v. Her Bhajan Kaur [1996] 1 MELR 768; [1996] 2 ILR 1342 di mana Mahkamah Perusahaan telah merujuk kepada Bryn Perrins' Industrial Relations and Employment yang telah menetapkan 4 syarat untuk tuntutan CD dibenarkan iaitu:-



Saturday 5 November 2016

Apa Keadaan CD ditolak?

Pada post-post yang sebelum ini saya sudah terangkan Apa itu CD? dan keadaan di mana CD dibenarkan oleh Mahkamah Perusahaan.

Sekarang saya akan kongsikan dengan anda pula keadaan di mana Mahkamah Perusahaan putuskan CD tidak berlaku. Di mana Mahkamah Perusahaan menolak tuntutan pekerja yang dibuang atas sebab CD.

Jadi apa dia keadaan-keadaan di mana CD ditolak oleh Mahkamah Perusahaan?



Tuesday 1 November 2016

Apa Keadaan Untuk Tuntut CD?



Setelah anda memahami apa itu CD? Ini adalah perkara kedua yang anda perlu faham. Iaitu keadaan yang membolehkan untuk anda tuntut CD dengan tidak boleh tuntut CD. Keadaan di mana Mahkamah memutuskan adanya pecah mungkir kepercayaan dan keyakinan oleh majikan kepada anda.


Jika anda rasa seperti sudah kena tekan dengan majikan anda. Anda perlu lihat terlebih dahulu sama ada keadaan anda tersebut membolehkan anda untuk tuntut CD atau tidak. 


Apabila anda sudah faham keadaan yang membenarkan untuk anda tuntut CD baru kita akan berbincang lebih lanjut berkenaan dengan cara-cara untuk tuntut CD.


Kedaan-kedaan di mana Mahkamah putuskan adanya CD seperti berikut:-