Friday 11 March 2022

MACAM MANA NAK BUAT SURAT TUNTUT CD

Jangan baca lagi bab macam mana nak buat surat tuntut CD jika anda tidak baca lagi bab 1 sehingga bab 5 terlebih dahulu. Bukan apa takut nanti tak faham. Apa itu CD? Bila nak buat CD? So jangan buang masa baca terlebih dahulu bab 1 sehingga 5. 

Banyak keadaan sudah ada pecah mungkir terma nyata atau tersirat yang dibuat oleh majikan. Tapi sayang seribu kali sayang kes tidak lekat kerana disebabkan pekerja salah hantar notis untuk tuntut CD. Perkara ini teknikal dan kena berhati-hati. Salah langkah terus kes CD anda tidak lekat.

Jadi macam mana nak buat surat tuntut CD?



Untuk memahami proses membuat surat tuntut CD kita boleh rujuk kepada kes Medicplas Industries Sdn Bhd v. Eldophol Pereira [2006] 1 MELR 752; [2006] 2 ILR 12777, Syarikat menyatakan bahawa surat perletakan jawatan pekerja adalah tidak jelas dan samar-samar. Syarikat juga menyatakan bahawa pekerja telah menyatakan dengan jelas untuk meletakkan jawatan dan tidak memberikan sebarang sebab kepada perletakan jawatan tersebut. Oleh yang demikian, Syarikat berhujah bahawa pekerja telah meletak jawatan atas tindakan sendiri. Di dalam keputusan Mahkamah telah memutuskan bahawa:-
"Pekerja tidak mengemukakan bukti yang mencukupi untuk menyokong keterangan bahawa saksi syarikat telah menjerit, menggunakan bahasa yang kesat, dan meminta pekerja untuk meletakkan jawatan pada 28 November 2013. Surat perletakan jawatan pekerja adalah mudah, tidak jelas, dan pekerja dengan mudah menyatakan untuk meletakkan jawatan. Tidak ada sebarang sebab dan tidak ada sebarang tuduhan. Oleh yang demikian Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Syarikat bahawa pekerja tidak menunjukkan sebarang sebab pekerja tidak bersetuju atau membantah tindakan Syarikat dalam surat perletakan jawatan atau mana-mana dokumen yang lain.

Jadi anda boleh lihat untuk mahkamah memutuskan sama ada syarikat telah pecah mungkir terma perkhidmatan surat tuntutan CD itu yang akan menjadi fokus utama untuk menentukan sama ada wujud pecah mungkir atau tidak wujud.

Manakala di dalam kes  MST Industrial System Sdn Bhd v. Foo Chee Lek [1993] 1 MELR 129; [1997] 1 ILR 202 Mahkamah telah memutuskan bahawa untuk Mahkamah melihat sama ada sesuatu surat adalah merupakan notis CD atau hanyalah surat perletakan jawatan semata-mata, seseorang perlu menganalisa perkataan yang digunakan dan kesannya. Melalui perkataan yang digunakan di dalam surat seseorang boleh melihat niat sebenar penulis tersebut. Jika niat pekerja adalah untuk menunjukkan pekerja telah ditamatkan secara CD maka surat tersebut perlu mempunyai perkataan CD yang menunjukkan adanya CD. Prinsip-prinsip berkenaan dengan CD mesti dijelaskan di dalam surat CD. Tetapi jika surat adalah merupakan surat perletakan jawatan yang sukarela maka perkataan perletakan jawatan akan memberikan kesan kepada perlatakan jawatan. Dalam kes MST Industrial System Sdn Bhd v. Foo Chee Lek [supra] Mahkamah memutuskan bahawa:
"Jika ada sebarang tekanan kepada pekerja yang menyebabkan pekerja meletakkan jawatan adalah perkata yang semulajadi untuk pekerja melahirkan rasa bantahan dan ditulis didalam surat CD. Jika tidak buat perkataan tersebut dalam keadaan masa yang sangat genting maka akan menunjukkan pekerja mempunyai niat untuk meletakkan jawatan secara sukarela."

Oleh yang demikian semasa membuat surat untuk menuntut CD maka pekerja perlu nyatakan dengan jelas pecah mungkir yang telah berlaku. Surat tersebut perlu menjawab persoalan-persoalan ini iaitu apa pecah mungkir yang telah berlaku? Bagaimana pecah mungkir berlaku? Siapa yang telah memecah mungkir? Bila pecah mungkir telah berlaku? Dan dimana pecah mungkir berlaku?

Kemudian di dalam surat tersebut pekerja perlu berikan notis selama seminggu untuk pihak Syarikat betulkan kembali pecah mungkir yang berlaku.

Pastikan semasa anda serahkan surat CD majikan tandatangan mengaku menerima surat CD. Jika majikan tidak tandatangan surat CD ada akan hadapi masalah untuk membuktikan bahawa majikan telah menerima dan mengetahui anda sedang membuat kes CD. Majikan akan menafikan menerima sebarang surat. Keadaan ini berbeza jika majikan telah tandatangan surat CD anda.

Masuk hari kelapan jika majikan masih tidak membetulkan pecah mungkir yang telah berlaku maka anda perlu keluarkan surat kedua yang menyatakan anda telah ditamatkan secara CD dan anda perlu keluar daripada syarikat. Anda perlu tinggalkan syarikat anda.

Selepas itu ingat anda hanya ada masa selama 60 hari untuk membuat laporan kes pembuangan kerja secara CD di Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Jika anda keliru dan tidak pasti bagaimana hendak buat surat tersebut anda hubungi kami kembali.

Advocate Industrial Harmony

Auzan H Sazali

No comments:

Post a Comment