Monday, 12 December 2016

Semuanya Tentang Constructive Dismissal


PENGENALAN


Apabila majikan menekan anda apa kebiasaanya yang anda akan buat? Kebanyakan pekerja sekadar berdiam diri. Apabila tekanan sudah memuncak pekerja terus serahkan surat perletakan jawatan.


Takkan tak de apa-apa cara. Adakah apabila majikan membayar gaji anda maka majikan boleh menekan anda sesuka hati? Yang paling best sekali dah lah gaji pun tak bayar. Tekanan tetap diberikan. Akhirnya anda sendiri yang tertekan.


Dalam undang-undang ada kaedah yang dipanggil Constructive Dismissal. Tetapi ramai yang tidak tahu apa itu Constructive Dismissal? Macam mana hendak buat kaedah Constructive Dismissal ini? Jika ada yang tahu pun ramai yang tidak mahu berkongsi berkenaan Constructive Dismissal ini dengan anda.


So ini peluang untuk anda. Saya akan bongkarkan apa itu kaedah Constructive Dismissal supaya anda faham. Supaya nanti anda sudah tahu apa tindakan yang perlu diambil. Kesian sangat pada orang yang tahu Constructive Dismissal tetapi gunakan dengan cara yang salah. Tidak ikut kaedah yang sebenar. Azab kena tekan dengan majikan dah satu azab ditambah pula bila buat Constructive Dismissal tidak ikut kaedah yang sebenar. Ibarat sudah jatuh bergolek kemudian dihempap dengan tangga pulak.




APA ITU CONSTRUCTIVE DISMISSAL? 



Constructive Dismissal ini adalah merupakan satu kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang yang memberikan hak kepada pekerja untuk menamatkan kontrak perkhidmatan dengan majikan. So ini bukan kaedah yang saya reka sendiri. Tetapi yang diberikan oleh undang-undang. Faham ke faham?. Constructive Dismissal membolehkan anda untuk berhenti daripada pihak Syarikat kerana disebabkan majikan sudah menunjukkan sikap tidak mahu mematuhi kontrak perkhidmatan. 



Anda boleh menamatkan kontrak perkhidmatan jika majikan anda bersalah sehingga sampai kepada dasar kontrak antara pekerja dan majikan. 


Apa maksud majikan bersalah? Nanti saya akan cerita kesalahan-kesalahan majikan yang boleh jadi sebab untuk anda buat Constructive Dismissal. Atau dalam keadaan majikan sudah menunjukkan sikap tidak mahu mematuhi lagi kontrak perkhidmatan. Ini adalah berdasarkan kepada kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes  Wong Chee Hong v. Cathay Organisation Malaysia Sdn Bhd [1987] 1 MELR 32; [1987] 1 MLRA 346; [1988] 1 MLJ 92; [1988] 1 CLJ 298



Jadi jika anda hendak berjaya di dalam tuntutan Constructive Dismissal maka anda perlu tunjukkan majikan adalah bersalah kerana telah pecah mungkir kontrak sehingga sampai kepada dasar kontrak. Tak faham tak pe. Jangan risau. Baca sahaja dulu. Atau pekerja perlu tunjukkan majikan sudah tidak ada lagi niat untuk ambil anda bekerja. Ini adalah sebagai mana yang diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes Bayer (M) Sdn Bhd v. Anwar Bin Abd Rahim [1995] 4 MLRH 53; [1996] 2 CLJ 49  



Perlu diingat bahawa dalam setiap kontrak perkhidmatan antara anda dengan majikan adanya satu terma yang tersirat bahawa majikan anda tidak boleh tanpa sebab yang munasabah membuat tindakan yang memusnahkan hubungan kepercayaan antara majikan dengan anda (trust and confidence). Majikan anda sama sekali tidak boleh musnahkan hubungan kepercayaan yang ada sebagaimana dalam kes Quah Swee Khoon v. Sime Darby Bhd [2000] 1 MLRA 856 at p 865; [2000] 2 MLJ 600; [2000] 1 CLJ 9; [2000] 2 AMR 2265 


Ada juga keadaan di mana anda sebagai pekerja boleh menganggap diri anda sudah kena Constructive Dismissal bila ada banyak siri-siri kejadian penindasan yang telah berlaku. Penindasan berlaku secara berterusan sehingga memecah mungkir terma tersirat kepercayaan dan keyakinan. Ini adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Alan Thomas Bohlsen v. Draftworldwide Sdn Bhd [2009] 9 MLRH 446; [2009] 8 MLJ 461


Ada satu prinsip yang menarik telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Moo Ng v. Kiwi Products Sdn Bhd Johor & Anor [1998] 3 MELR 116; [1998] 3 CLJ 475 di mana Constructive Dismissal adalah merupakan satu prinsip undang-undang yang memberikan kehidupan kepada pekerja yang telah dibuang secara tidak munasabah. Constructive Dismissal boleh berlaku secara terang atau tersirat bila ada pelanggaran terma-terma kontrak.

Jika anda mempunyai persoalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh whassap ke No 013-7001950 dan taip perkataan "CD". Maaf perkataan yang lain tidak akan dilayan.


Jika anda ingin baca kupasan lanjut:- 

1. Pengenalan + Apa itu Constructive Dismissalklik di sini
2. Apa keadaan untuk tuntut Constructive Dismissalklik di sini
3. Apa keadaan Constructive Dismissal ditolak? klik di sini
4. Apa syarat-syarat untuk buat Constructive Dismissalklik di sini
5. Siapa kena buktikan tuntutan Constructive Dismissalklik di sini
6. Macam mana nak buat surat tuntut Constructive Dismissal?
7. Bolehkah surat Constructive Dismissal tidak diserah kepada majikan?
8. Selepas majikan terima surat Constructive Dismissal nak buat apa?
9. Kesimpulan

No comments:

Post a Comment